Selasa, 11 Ogos 2015

Diyana [episod 10]

Isnin, 10 Ogos 2015.

Aku taip di Facebook.

Setelah sekian lama taman itu gersang,
Pada kali terakhir ia hangus terbakar,
Kini,
Ada benih yang sudah mula bercambah dan menumbuh.

Apalah salahnya memberi peluang kepada diri sendiri untuk bercinta lagi?
Sampai bila mahu takut dengan masa hadapan?

Dan aku lihat dia juga menaip sesuatu yang hampir sama.

Ini,
Rasa yang ini,
Yang dulu aku tangkis segala cambahnya,
Yang dulu aku bunuh semua tumbuh pucuknya.

Tuhan,
Biarkan aku jaga yang ini,
Untuk sekali ini? Dan hingga akhirnya?


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri