Rabu, 12 Ogos 2015

Diyana [episod 12]

Rabu, 12 Ogos 2015, 3.09 pm

Diyana mesej.

"Muka memang selekeh tak payah cakap laaa..."
"Tengah dok hembus, datang dua orang budak Finance clerk duduk sama".

"Dorang keluarkan make-up set lepas tu mulalah make-up".
"Kagum saya tengok".
"Lepas tu rasa kelakar giler sebab dah rupa cerita antara dua darjat".
"Yang sebelah tengah serabai lap hingus".
"Saya kena selsema. Pakej sakit tekak sekali".
"Tadi kat surau lepas solat, duduk kejap sambil lapangkan hidung".
"Yang sebelah kemain lawa pakai eye shadow warna gold. Perghhh...".
"Sekian. Luahan hati saya untuk jam 3.06 petang. Selamat membaca".

In between, aku dok merapu pasal appointment aku tadi dan juga appointment aku esok hari. Bila aku scroll balik ke atas, baru aku perasan dia beritahu yang dia selsema.

"Awak selsema? Main hujan ke?".

"Selsema sebab sejuk la kot".
"Main hujan takde hal. Kalau bilik sejuk, saya kalah".
"Sebab tu saya tak suka bilik abah baru buat tu".

"Kalau dekat, saya hantarkan ubat".

"Hantar...hantar".
"Nak burger daging double cheese. Tomato banyak sikit".

Aku post gambar peket pil selsema aku.

"Ni je yang termampu. Gambar ubat selsema. Tenung seminit setiap kali, 3 kali sehari. Boleh jadi punca mengantuk sebab bosan tenung gambar ni".

"Oh...sungguh terharunya. Pfffttt...!!!".

Damn. 

Kenapalah awak jauh sangat, cik Diyana? Kalau awak kat kampung, on the spot saya angkut awak pergi klinik jumpa doktor, ambil ubat.

Saya jadi tak senang hati bila tahu awak tak sihat kat JB sana tapi saya tak dapat nak buat apa-apa kat sini.

Dan saya lagi tak senang hati tengok diri sendiri jadi terlebih ambil berat pada awak macam ni. 

Apa dah jadi pada aku sebenarnya ni?

Cinta...?

Apa jampi dia dah hembus ni?


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri