Khamis, 20 Ogos 2015

Diyana [episod 14]

Rabu, 19 Ogos 2015.

Aku taip di Facebook.

Mampukah kita menjadi bahagia, andai kata hidup ini mudah tanpa ujian dan cabaran?

10.54 pm

Diyana mesej.

"Mampukah kita menjadi bahagia, andai kata hidup ini mudah tanpa ujian dan cabaran?".
"Saya jumpa ni di timeline?".

"Siapa tulis tu?".

"What do you think?".

"Don't know. Don't care".
"But he got point though".

"Somebody I know".

"A genius, I believe".
"A philosopher".
"Atau mungkin dia cuma suka berangan".

"Rambut sama coklat hitam, tapi lain orang lain cara pemahaman".

"Rambut awak coklat ke?".

"Who knows maybe that so-called genius, tengah struggling nak accept the fact that to be happy, is not that hard at all. Who knows".

"Apa yang awak dok typing ni?".
"Jenuh tunggu".

"Taklah. Kalau reveal colour pun dianggap aurat. Sekian".

"I keep asking God since the past two weeks, "Serius meh... Can't be this easy? What's the trick? Selalu susah giler kot".
"Jalan saya untuk bahagia tak pernah senang. Sebab tu saya curious. Takkanlah senang sangat kot this time".

"Are we talking about you? I thought we don't know who is that genius person".

"Nope".
"Saya cuma imply idea genius tu kepada diri sendiri".
"Silap. Apply, bukan imply".
"Saya tengah membaca. Jadi saya akan reply selepas habis satu chapter".

"Istikharah, Amr. I did mine. InsyaAllah we will find the best way".
"Atau mungkin awak dah buat tapi masih rasa doubt".

"Tak".
"Saya belum ada mood nak istikharah".

"Remember mak cik saya yang kat Simpang Renggam? Saya sangat susah nak cerita pasal awak dekat dia".

"Yeah?".
"Why?".

"Turns out, dia dah tahu lepas tu dia ok. Krikkk krikkk. Penat seminggu fikir macam mana nak confess kat dia".

"Kejap. Saya dah habis satu bab dan saya sangat lapar. Bahana dinner pukul tujuh malam sebelum mandi. Saya tak boleh makan sebelum mandi atau saya akan lapar sejam selepas mandi".

"Ammm...!".

"Family awak sentiasa bergosip kan?".
"Dan awak pun tiba-tiba rajin tulis puisi kat Facebook".

"Mak cik saya, mak saya dengan Cikgu".

"Anyway, awak cerita apa kat dia pasal saya?".

"Tiga orang tu memang korek habis kalau pasal hidup saya".
"Eh... hello".
"Saya dari dulu memang tulis".
"Cuma dulu saya lebih kepada benda keliling".

"Suddenly awak jiwang habis".

"Tak sempat cerita apa pun. Sebab dia figure out sendiri".

"Apa yang dia tau pasal saya? Yang dorang gosipkan, maksud saya".

"Awak memang suka nak tau apa orang cakap pasal awak kan?".

"Mestilah. saya narcissist".

"Entah. Saya pun tak tahu saya jiwang. Awak pernah cakap, write because you love to write. Not to impress others".
"Really? Saya Google and of the traits and signs is, flattery towards people who admire and affirm them (narcissistic supply)".
"Macam tak je".

"Sebab awak tak kira selfish due to being insecure".
"Saya kat mamak".
"Lapar giler".

"Lajunya".

"Awak istikharah keluar muka saya ke?".
"Istikharah ni susah sebab awak kena kosongkan kepala otak dan hati awak, tawakkal 100%".

"Kefahaman saya yang tak berapa tinggi agama ni sebab sekolah sampai darjah lima sebab direct masuk boarding school ni".
"Dalam proses mempertimbangkan keputusan, kita bermesyuarah dengan orang keliling, mintak pendapat orang".
"Selari dengan bangun malam untuk mohon dipermudahkan proses pemilihan".

"Awak bermesyuarah dengan siapa? Cikgu?".

"Setelah beberapa ketika proses diskusi dan penyerahan diri dan akal kepada Sang Pencipta, maka berbekalkan keyakinan yang tinggi...".
"Saya buat keputusan...".
"Sekiranya baik jalan saya pilih, maka dipermudahkan segalanya".
"Sekiranya ada yang lebih baik pilihan untuk saya maka dipermudahkan saya juga untuk terlihat kelemahan awak yang akan buat saya jadi tak yakin dah".
"Eh...penat pulak cakap macam ni".
"Dengan Cik Ayu, dengan mak".

"Kak Ayu cakap apa?".

"Sebenarnya tak boleh bagitau. Sebab khuatir akan menimbulkan riak. Tapi yelah awak narcissist kan...".

"Apa dia?".

"Amr tu budak baik. Macam-macam dia dah hadap. Kalau bab jaga mak ayah ni insyaAllah dia boleh. Kalau bab agama pun insyaAllah dia boleh".
"Tapi yelah budak lelaki. Nakal-nakal tu adalah".

"Nakal?".

"Lebih kurang kot. Ayat saya olah".
"Sebab tak ingat mana datang dulu".

Hmmm...power sungguh Kak Ayu ni tolong marketkan aku. Baik hati betul bos sorang ni. Walaupun kadang-kadang aku rasa dia ni boleh tahan kejam macam aku. Kihkihkih.

"Mana ada saya nakal. Saya budak skema dan serius. Tak pandai buat lawak".
"Dan saya garang".

"Errr...bila ya awak skema dan serius?".
"Ok, abaikan yang itu".
"Entah. Awak pernah mengurat-mengurat perempuan yang Cik Ayu tau ke?".

"Awak takkan nak tau berapa ramai ex-girlfriend dan skandal yang saya ada".
"So, saya andaikan kalau saya istikharah, saya akan dapat jawapan yang selari dengan jawapan awak. Kan?".

"A possibility. Peratus tak tahu".

"Macam mana kalau jawapan kita berbeza?".
"Jenuh juga nak explain kat semua orang".

"Saya lagi la jenuh. Dua kali kot nak kena ulang cerita".
"Saya tulis saya padam hahaha".
"Mesti awak tension apehal tak keluar-keluar".

"Dan saya andaikan kenduri aqiqah Suraya nanti, saya akan diperhatikan dan jadi bahan sembang mak cik pakcik awak".

"Amr. Tapi kan, sebab saya dah decide this is the best for me, InsyaAllah".
"I will not let you go that easy".

Ayat tu... Atau ayat lain yang lebih kurang sama macam ayat tu, aku dah pernah dengar banyak kali dulu. Beberapa tahun sudah. Berjanji nak sehidup semati sampai Syurga, tapi sudahnya aku ditinggalkan hanya kerana aku miskin (Makwe A) dan tak cukup alim (Makwe B). Bullshit. I won't fall for that again this time.

"Saya belum decide".
"Tak takut kecewa ke?".
"Awak bermain dengan sesuatu yang sangat berisiko".
"Sebab benda ni bukan lagi rahsia. Terlalu ramai yang tahu dan mengharap".

"Takut jugak. Tapi sebab dah terjebak. So, gotta live with it".

"Good enough".
"Apa-apa hal saya tak mahu dipersalahkan".
"Awak faham risikonya dan awak perlu tanggung sendiri".

"Rasa macam awak cuba nak lenyek ego saya for the second time".
"Oh... that narcissist in you again".
"Lacks empathy; is unwilling [or I would add, unable] to recognize or identify with the feelings and needs of others".

Benda mudah macam tu pun nak kena Google ke? Apalah...

"That's a possibility sebab saya mudah bosan".
"My empathy depends on priority dan priority saya sekarang adalah nak bagi mak ayah saya hidup senang. Dan adik-beradik saya. Orang lain saya tak peduli tapi saya boleh bertolak-ansur".

"Alhamdulillah. memang anak/abang yang baik ni".
"Mungkin boleh cuba tanya, diorang nak apa untuk hidup senang. Daripada assume dorang nak apa. That will be more effective and time saving".
"Jangan cakap I'm crossing the limit".
"Kita exchange opinion here".

"Saya tau apa yang mak saya nak".
"Ok, stop right there".
"Saya tak suka nak campur urusan keluarga orang lain, vice versa".
"Don't kill my mood".

"Texting can be so dangerous".
"Sebab boleh tukar ayat penyata jadi ayat mengata".

"Separuh mood saya dah mati bila awak cakap macam tu tadi".

"Amrul Azmi, awak deserve untuk bahagia. Tak kisah la dengan siapa. You deserve it. Tapi saya harap bahagia awak tu, eventually ada dengan saya. Sebab saya yang doa kan".

Aku pernah berdoa keluar air mata siang malam untuk perempuan yang aku sayang tapi sudahnya dia kahwin dengan orang lain. Well, apa yang kau minta, belum tentu kau dapat. Logik hidup kan? 

Jadi, janganlah bermimpi tinggi sampai ke Syurga sedangkan hakikatnya, kaki kita masih di bumi. Realiti boleh jadi sangat mengecewakan, lebih daripada membahagiakan.

"Awak makan apa ni? Separuh mood mati. Dapat habis separuh pinggan je la".

"Saya sangat sensitif bab family ni. I know my family very well especially my mom sebab saya yang paling rapat dengan mak".

"So do I".
"Mess up with me I'm fine. Mess up with my family, you're a dead meat".

Eh...dia ni sengal sangat ke apa yang tak faham point aku? 

"But you crossed the line already".

"Saya tak nampak line dia".
"Benda tak tahu, tak berdosa".
"Dikategori tak sengaja".

"Not funny".

"I don't see any joke there".

"Nevermind if you can't see anything at all. Good night".

"Before things get uglier, yeah. Good night".
"Gentle reminder. Sediakan panadol kat sebelah katil. mana tahu pagi esok bangun sakit kepala".

Dan aku taip di Facebook.

I don't have to draw the line for you to know the limit.

No joke.

So long, good night.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri