Selasa, 11 Ogos 2015

Diyana [episod 6]

Jumaat, 7 Ogos 2015, 11.49 pm

"Saya baru sampai rumah".
"Sebelum tido, saya nak tanya something".
"Ok, takde orang".
"Nak tanya jugak lah".
"Awak dah berputus asa dengan saya ke belum?".
"Atau masih berdoa?".
"Atau dah tak buat Istikharah?".
"Good night, yana".

"Killer questions".
"Saya dapat apa kalau jawab?".
"Guten nacht, Am".

Aku jawab semasa di lokasi majlis pada keesokannya.

"Awak mungkin dapat 1% harapan".
"Good enough?".

"Why bother?".

"It's ok then".

"For a complicated person like you, 1% tu besar ke kecil?".

"Besar".

"Am. Karang kalau saya cakap direct, dibuatnya awak lenyek habis ego saya macam hari tu. Mati la saya".

"Cakap je la".
"Mungkin doa awak dah makbul".

"Allah is the turner of hearts. Saya doa sama ada kalau bukan hati saya, biarlah hati awak yang berubah".
"Saya tak suka paksa orang".
"Sebab saya kalau tak suka orang, saya akan tak suka sampai bila-bila".
"Boleh jadi, orang lain pun kalau dah tak suka saya, akan terus tak suka saya sampai bila-bila".
"Maybe doa awak dah makbul".
"Maybe tu memang 50-50 possibility ke? Atau maybe tu sekadar penyedap ayat?".

"A possibility. Percentage tak tau".

Perbualan tu habis sekadar di situ. Tergantung. Aku sendiri tak pasti where she stood. Sama ada dah move on atau masih mengharap keajaiban akan berlaku antara aku dan dia.

Namun, satu perkara yang aku pasti, ada hati yang telah berubah.

Hati aku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri