Khamis, 20 Ogos 2015

Diyana [episod 15]

Khamis, 20 Ogos 2015, 6.17 pm.

Rindu. 

Pandai pulak nak rindu. Yang semalam kau merajuk tak tentu hala tu dah kenapa? Gedik betul orang tua ni.

Akhirnya aku mengalah. Aku mesej Diyana.

"Memang tak berhajat langsung nak pujuk saya ke?".
"Hampeh jugak makwe macam ni".
"Saya baru lepas makan nasi lemak rendang ayam yang sedap".
"Weyyy...".
"Janganlah senyap je".
"Saya marah kejap je".
"Reply la".
"Rindu ni".
"Asmadiyana Mahadi!".
"Fine".

"Tengah siap-siap nak balik ni".
"Ingat dah tak nak kawan lagi".

Itu je dia balas? Takde kata rindu jugak ke apa langsung.

Hampeh betul makwe macam ni. 

Diyana [episod 14]

Rabu, 19 Ogos 2015.

Aku taip di Facebook.

Mampukah kita menjadi bahagia, andai kata hidup ini mudah tanpa ujian dan cabaran?

10.54 pm

Diyana mesej.

"Mampukah kita menjadi bahagia, andai kata hidup ini mudah tanpa ujian dan cabaran?".
"Saya jumpa ni di timeline?".

"Siapa tulis tu?".

"What do you think?".

"Don't know. Don't care".
"But he got point though".

"Somebody I know".

"A genius, I believe".
"A philosopher".
"Atau mungkin dia cuma suka berangan".

"Rambut sama coklat hitam, tapi lain orang lain cara pemahaman".

"Rambut awak coklat ke?".

"Who knows maybe that so-called genius, tengah struggling nak accept the fact that to be happy, is not that hard at all. Who knows".

"Apa yang awak dok typing ni?".
"Jenuh tunggu".

"Taklah. Kalau reveal colour pun dianggap aurat. Sekian".

"I keep asking God since the past two weeks, "Serius meh... Can't be this easy? What's the trick? Selalu susah giler kot".
"Jalan saya untuk bahagia tak pernah senang. Sebab tu saya curious. Takkanlah senang sangat kot this time".

"Are we talking about you? I thought we don't know who is that genius person".

"Nope".
"Saya cuma imply idea genius tu kepada diri sendiri".
"Silap. Apply, bukan imply".
"Saya tengah membaca. Jadi saya akan reply selepas habis satu chapter".

"Istikharah, Amr. I did mine. InsyaAllah we will find the best way".
"Atau mungkin awak dah buat tapi masih rasa doubt".

"Tak".
"Saya belum ada mood nak istikharah".

"Remember mak cik saya yang kat Simpang Renggam? Saya sangat susah nak cerita pasal awak dekat dia".

"Yeah?".
"Why?".

"Turns out, dia dah tahu lepas tu dia ok. Krikkk krikkk. Penat seminggu fikir macam mana nak confess kat dia".

"Kejap. Saya dah habis satu bab dan saya sangat lapar. Bahana dinner pukul tujuh malam sebelum mandi. Saya tak boleh makan sebelum mandi atau saya akan lapar sejam selepas mandi".

"Ammm...!".

"Family awak sentiasa bergosip kan?".
"Dan awak pun tiba-tiba rajin tulis puisi kat Facebook".

"Mak cik saya, mak saya dengan Cikgu".

"Anyway, awak cerita apa kat dia pasal saya?".

"Tiga orang tu memang korek habis kalau pasal hidup saya".
"Eh... hello".
"Saya dari dulu memang tulis".
"Cuma dulu saya lebih kepada benda keliling".

"Suddenly awak jiwang habis".

"Tak sempat cerita apa pun. Sebab dia figure out sendiri".

"Apa yang dia tau pasal saya? Yang dorang gosipkan, maksud saya".

"Awak memang suka nak tau apa orang cakap pasal awak kan?".

"Mestilah. saya narcissist".

"Entah. Saya pun tak tahu saya jiwang. Awak pernah cakap, write because you love to write. Not to impress others".
"Really? Saya Google and of the traits and signs is, flattery towards people who admire and affirm them (narcissistic supply)".
"Macam tak je".

"Sebab awak tak kira selfish due to being insecure".
"Saya kat mamak".
"Lapar giler".

"Lajunya".

"Awak istikharah keluar muka saya ke?".
"Istikharah ni susah sebab awak kena kosongkan kepala otak dan hati awak, tawakkal 100%".

"Kefahaman saya yang tak berapa tinggi agama ni sebab sekolah sampai darjah lima sebab direct masuk boarding school ni".
"Dalam proses mempertimbangkan keputusan, kita bermesyuarah dengan orang keliling, mintak pendapat orang".
"Selari dengan bangun malam untuk mohon dipermudahkan proses pemilihan".

"Awak bermesyuarah dengan siapa? Cikgu?".

"Setelah beberapa ketika proses diskusi dan penyerahan diri dan akal kepada Sang Pencipta, maka berbekalkan keyakinan yang tinggi...".
"Saya buat keputusan...".
"Sekiranya baik jalan saya pilih, maka dipermudahkan segalanya".
"Sekiranya ada yang lebih baik pilihan untuk saya maka dipermudahkan saya juga untuk terlihat kelemahan awak yang akan buat saya jadi tak yakin dah".
"Eh...penat pulak cakap macam ni".
"Dengan Cik Ayu, dengan mak".

"Kak Ayu cakap apa?".

"Sebenarnya tak boleh bagitau. Sebab khuatir akan menimbulkan riak. Tapi yelah awak narcissist kan...".

"Apa dia?".

"Amr tu budak baik. Macam-macam dia dah hadap. Kalau bab jaga mak ayah ni insyaAllah dia boleh. Kalau bab agama pun insyaAllah dia boleh".
"Tapi yelah budak lelaki. Nakal-nakal tu adalah".

"Nakal?".

"Lebih kurang kot. Ayat saya olah".
"Sebab tak ingat mana datang dulu".

Hmmm...power sungguh Kak Ayu ni tolong marketkan aku. Baik hati betul bos sorang ni. Walaupun kadang-kadang aku rasa dia ni boleh tahan kejam macam aku. Kihkihkih.

"Mana ada saya nakal. Saya budak skema dan serius. Tak pandai buat lawak".
"Dan saya garang".

"Errr...bila ya awak skema dan serius?".
"Ok, abaikan yang itu".
"Entah. Awak pernah mengurat-mengurat perempuan yang Cik Ayu tau ke?".

"Awak takkan nak tau berapa ramai ex-girlfriend dan skandal yang saya ada".
"So, saya andaikan kalau saya istikharah, saya akan dapat jawapan yang selari dengan jawapan awak. Kan?".

"A possibility. Peratus tak tahu".

"Macam mana kalau jawapan kita berbeza?".
"Jenuh juga nak explain kat semua orang".

"Saya lagi la jenuh. Dua kali kot nak kena ulang cerita".
"Saya tulis saya padam hahaha".
"Mesti awak tension apehal tak keluar-keluar".

"Dan saya andaikan kenduri aqiqah Suraya nanti, saya akan diperhatikan dan jadi bahan sembang mak cik pakcik awak".

"Amr. Tapi kan, sebab saya dah decide this is the best for me, InsyaAllah".
"I will not let you go that easy".

Ayat tu... Atau ayat lain yang lebih kurang sama macam ayat tu, aku dah pernah dengar banyak kali dulu. Beberapa tahun sudah. Berjanji nak sehidup semati sampai Syurga, tapi sudahnya aku ditinggalkan hanya kerana aku miskin (Makwe A) dan tak cukup alim (Makwe B). Bullshit. I won't fall for that again this time.

"Saya belum decide".
"Tak takut kecewa ke?".
"Awak bermain dengan sesuatu yang sangat berisiko".
"Sebab benda ni bukan lagi rahsia. Terlalu ramai yang tahu dan mengharap".

"Takut jugak. Tapi sebab dah terjebak. So, gotta live with it".

"Good enough".
"Apa-apa hal saya tak mahu dipersalahkan".
"Awak faham risikonya dan awak perlu tanggung sendiri".

"Rasa macam awak cuba nak lenyek ego saya for the second time".
"Oh... that narcissist in you again".
"Lacks empathy; is unwilling [or I would add, unable] to recognize or identify with the feelings and needs of others".

Benda mudah macam tu pun nak kena Google ke? Apalah...

"That's a possibility sebab saya mudah bosan".
"My empathy depends on priority dan priority saya sekarang adalah nak bagi mak ayah saya hidup senang. Dan adik-beradik saya. Orang lain saya tak peduli tapi saya boleh bertolak-ansur".

"Alhamdulillah. memang anak/abang yang baik ni".
"Mungkin boleh cuba tanya, diorang nak apa untuk hidup senang. Daripada assume dorang nak apa. That will be more effective and time saving".
"Jangan cakap I'm crossing the limit".
"Kita exchange opinion here".

"Saya tau apa yang mak saya nak".
"Ok, stop right there".
"Saya tak suka nak campur urusan keluarga orang lain, vice versa".
"Don't kill my mood".

"Texting can be so dangerous".
"Sebab boleh tukar ayat penyata jadi ayat mengata".

"Separuh mood saya dah mati bila awak cakap macam tu tadi".

"Amrul Azmi, awak deserve untuk bahagia. Tak kisah la dengan siapa. You deserve it. Tapi saya harap bahagia awak tu, eventually ada dengan saya. Sebab saya yang doa kan".

Aku pernah berdoa keluar air mata siang malam untuk perempuan yang aku sayang tapi sudahnya dia kahwin dengan orang lain. Well, apa yang kau minta, belum tentu kau dapat. Logik hidup kan? 

Jadi, janganlah bermimpi tinggi sampai ke Syurga sedangkan hakikatnya, kaki kita masih di bumi. Realiti boleh jadi sangat mengecewakan, lebih daripada membahagiakan.

"Awak makan apa ni? Separuh mood mati. Dapat habis separuh pinggan je la".

"Saya sangat sensitif bab family ni. I know my family very well especially my mom sebab saya yang paling rapat dengan mak".

"So do I".
"Mess up with me I'm fine. Mess up with my family, you're a dead meat".

Eh...dia ni sengal sangat ke apa yang tak faham point aku? 

"But you crossed the line already".

"Saya tak nampak line dia".
"Benda tak tahu, tak berdosa".
"Dikategori tak sengaja".

"Not funny".

"I don't see any joke there".

"Nevermind if you can't see anything at all. Good night".

"Before things get uglier, yeah. Good night".
"Gentle reminder. Sediakan panadol kat sebelah katil. mana tahu pagi esok bangun sakit kepala".

Dan aku taip di Facebook.

I don't have to draw the line for you to know the limit.

No joke.

So long, good night.  

Rabu, 12 Ogos 2015

Diyana [episod 13]

Rabu, 12 Ogos 2015, 8.22 pm

Perut rasa lapar yang amat tapi aku sudah tiada idea nak makan apa malam ni. Menu makan malam aku asyik berkisar kepada dua tiga benda yang sama yang diulang secara bergilir. Bosan dah. Terpaksalah aku minta idea dia.

"Tolong bagi idea for my dinner".

"Nasi goreng kampung extra pedas extra sayur extra bilis goreng dengan telur dadar".
"Sup kosong".
"Air teh laici".

Bapak ah. Menu cadangan dia jauh lebih membosankan daripada menu kebiasaan aku.

"Limau suam, nasi putih, tomyam campur, kailan ikan masin".

Menu aku untuk malam ni di NMR Beriyani, Jalan Sialang.

"Order siakap stim limau sekali. Kejap lagi saya sampai. Jet nak touch down dah ni. Kahkahkah".

"Tak baik mempermainkan harapan saya".

"Bila masa?".

"Harapan saya untuk dinner dan bersembang dengan awak sekarang ni".

Kau takkan tahu betapa aku sangat mengharap untuk makan malam bersama kau sekarang ni di sini. Aku rindu. Tahu?!

"Okla okla. Saya join makan biskut. Kira makan sama-sama la jugak".

Selesai sesi makan malam bersendirian, aku memandu ke Taman Intan. Ada temu janji dengan mak bapak mertua Cikgu Norman berkenaan majlis anak dorang pertengahan bulan depan.

"Ada short appointment. Jap eh".

"It's okay. Take your time. Saya baru telan Actifast and Clarinase".
"Kalau saya diam tu saya tertido eh".

"Eloklah tido awal".
"Letak phone tu".

"Awal sangat masalahnya ni nak terus tido".
"Appointment apa?".
"Tadi bukan awak cakap nak pergi dinner?".

"Dah".
"Dah dinner".
"Dah appointment".
"Nak pergi rumah Cikgu kejap".
"Baca buku lah".
"Berangan pulak".

"Berangan amendeee...?".

"Elehhh...".

"Tak payah tembak-tembak ah. Awak boleh read minds jugak ke? Tak kan?".

"I just know".
"I don't read minds, but I know I want to read my book. Jangan bosan ya, Asamadiyana Mahadi".

"Takkan terbosan".

"Tak pernah bosan sebelum wujudnya saya...".
"Takkan mungkin bosan selepas tiadanya saya".
"Kan?".

"Nak pergi mana? I thought you wanna stay here. Like... forever?".

Ada satu rona yang aku cukup kenal pada ayat itu.

Payah ni bila perasaan yang satu ni dah mula wujud di antara aku dan dia. Mulalah aku fikir, apa yang perlu aku buat untuk dia sebagai tanda aku juga ada perasaan yang sama pada dia?

"I wish to stay but what if Allah has other plan for me? Like...".
"Death?".

"Til death do us part".
"Boleh saya doa macam tu?".

"We could".
"Awak masih belum jawab soalan pertama saya".

"Which one?".

"Kenapa pilih saya? Apart of me being the guy who walked in the rain?".

"Saya nampak awak. Kemudian saya bertanya secara tak langsung pasal awak. Pasang telinga juga tiap kali Cik Ayu dengan Cikgu bercerita pasal awak. Kemudian baru saya cari Facebook awak and learnt more about you".
"Saya add awak lepas dah bulat hati nak kenal dengan awak".
"I don't know. You are special in your own way".

"Apa dorang cerita pasal saya?".

"Pasal awak uruskan majlis mostly".
"Dan awak jaga Mak awak masa Mak awak sakit".
"That's the thing kot. Pasal awak jaga Mak awak".

"Dorang cerita dengan sape? Mak Abah awak?".

"Mak je. Selalu saya dengan Mak memang suka mengendeng kat sana".

"Thank you...".
"For not giving up just yet".

"Actually, I've told Hanum everything about you. She's my personal advisor. In everything. She told me you don't deserve me at all. To slap you right on your face for lenyek hancurkan my ego".
"I am a tough girl. Saya tak layan benda-benda macam ni. And she knows it. Sebab tu dia sangat marah masa saya cerita".

"Sorry".
"I just need a security that you're not gonna come and go. Just like the others before you".
"So I have to do what I've done to you previously".
"And you stay".
"I know you're not gonna quit that easy".

"But I know. You are just special. Awak jaga family awak. Awak ada good foundation in faith. And I just need to put some efforts for you to see me".
"Allah is the turner of hearts. Indeed".

"He is".
"I know you didn't stop praying, and He gave you what you deserve".

Sayang...


Diyana [episod 12]

Rabu, 12 Ogos 2015, 3.09 pm

Diyana mesej.

"Muka memang selekeh tak payah cakap laaa..."
"Tengah dok hembus, datang dua orang budak Finance clerk duduk sama".

"Dorang keluarkan make-up set lepas tu mulalah make-up".
"Kagum saya tengok".
"Lepas tu rasa kelakar giler sebab dah rupa cerita antara dua darjat".
"Yang sebelah tengah serabai lap hingus".
"Saya kena selsema. Pakej sakit tekak sekali".
"Tadi kat surau lepas solat, duduk kejap sambil lapangkan hidung".
"Yang sebelah kemain lawa pakai eye shadow warna gold. Perghhh...".
"Sekian. Luahan hati saya untuk jam 3.06 petang. Selamat membaca".

In between, aku dok merapu pasal appointment aku tadi dan juga appointment aku esok hari. Bila aku scroll balik ke atas, baru aku perasan dia beritahu yang dia selsema.

"Awak selsema? Main hujan ke?".

"Selsema sebab sejuk la kot".
"Main hujan takde hal. Kalau bilik sejuk, saya kalah".
"Sebab tu saya tak suka bilik abah baru buat tu".

"Kalau dekat, saya hantarkan ubat".

"Hantar...hantar".
"Nak burger daging double cheese. Tomato banyak sikit".

Aku post gambar peket pil selsema aku.

"Ni je yang termampu. Gambar ubat selsema. Tenung seminit setiap kali, 3 kali sehari. Boleh jadi punca mengantuk sebab bosan tenung gambar ni".

"Oh...sungguh terharunya. Pfffttt...!!!".

Damn. 

Kenapalah awak jauh sangat, cik Diyana? Kalau awak kat kampung, on the spot saya angkut awak pergi klinik jumpa doktor, ambil ubat.

Saya jadi tak senang hati bila tahu awak tak sihat kat JB sana tapi saya tak dapat nak buat apa-apa kat sini.

Dan saya lagi tak senang hati tengok diri sendiri jadi terlebih ambil berat pada awak macam ni. 

Apa dah jadi pada aku sebenarnya ni?

Cinta...?

Apa jampi dia dah hembus ni?


Selasa, 11 Ogos 2015

Diyana [episod 11]

Selasa, 11 Ogos 2015.

Aku taip di Facebook.

Tuhan,
Aku pernah bermohon kepadaMu,
Agar kau ubah hatinya,
Untuk melupakan aku.

Namun,
Kenapa aku seperti merasakan, 
Yang Kau telah membalikkan hati aku,
Untuk mencarinya kembali?

Dan mengapa perlu ada rindu?


Diyana [episod 10]

Isnin, 10 Ogos 2015.

Aku taip di Facebook.

Setelah sekian lama taman itu gersang,
Pada kali terakhir ia hangus terbakar,
Kini,
Ada benih yang sudah mula bercambah dan menumbuh.

Apalah salahnya memberi peluang kepada diri sendiri untuk bercinta lagi?
Sampai bila mahu takut dengan masa hadapan?

Dan aku lihat dia juga menaip sesuatu yang hampir sama.

Ini,
Rasa yang ini,
Yang dulu aku tangkis segala cambahnya,
Yang dulu aku bunuh semua tumbuh pucuknya.

Tuhan,
Biarkan aku jaga yang ini,
Untuk sekali ini? Dan hingga akhirnya?


Diyana [episod 9]

Isnin, 10 Ogos 2015, 7.22 pm

"You might wanna check this out - http://amrulandco.blogspot.com/".

"Ok this is killing me. Ahahaha. Dang!".

"Enjoy. Saya nak mandi".
"Mungkin nanti saya akan share all the posts on Facebook. Amacam?".

"Eiii...Amrul Azmi sorang ni lahaiii...!".

"Hahaha"
"One fine day, I'll share it".

"Saya nak tulis novel - Hikayat Brader Catering".
"Saya baru ada empat chapter tak termasuk intro. Saya perlukan 16 chapter lagi".

"Banyak betul awak babikan saya".
"Hahaha".

"Kahkahkah"
"Abaikan please".


"Next chapter bila nak update?".

"Bila kita ada conversation yang mencabar daya intelek".

"Wondering what happened to that complicated guy whom not interested to even lay one eye on Diyana?".

"That guy decided to give himself a chance of knowing her. He wont let his fear of failure in a relationship stops him to begin with a new one".
"Besides, maybe doa Diyana dah makbul".

"Since when you decided to give us a go?".

"Jumaat. Masa saya nampak awak baru sampai rumah. Tiba-tiba tergerak hati".

Aku sendiri tak tahu apa akan jadi. Cuma aku pasti, setiap risiko adalah berbaloi. Aku cuma perlu berhenti merisaukan kegagalan supaya aku boleh menikmati setiap detik yang membahagiakan bersama dengan dia.

Dan aku juga sangat pasti yang dia tidak pernah berhenti berdoa.


 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri