Isnin, 20 Julai 2015

Diyana [episod 4]

Ahad, 19 Julai 2015, 10.34 pm

"From time to time, Cikgu akan tanya saya dengan awak macam mana".
"Dia mengharap sangat saya jadi anak saudara dia".

"Ahahahaaa...tapi awak tak sudi pun".

"Macam tak sampai hati nak kecewakan dia".
"But this is my life kot".
"Part kahwin ni memang tak dapatlah".

"Betullah tu".
"Life awak, awak je boleh direct ke mana".
"At least kalau satu hari nanti ada yang tak kena, takdelah nak salahkan orang lain".

"Perasaan saya tak boleh dipaksa atau dipupuk. People can wish but it's all up to me to decide".
"If I say no, then it's forever no".
"Good luck trying".

"Krik krik".
"Ada suggestion nak try macam mana?".
"Kahkahkah".

"Give up lah. You're not getting a yes from me. Don't waste your time hoping and praying".
"Nope".
"Just give up".
"Saya tak suka benda yang senang. You didn't challenge me. Not even complicated. With you, it's too easy".

"Well said, man. Well said".
"It's too easy, sebab memang saya yang tengok awak".

"Saya lebih suka perempuan yang buat saya struggle for months untuk ngorat dia, yang buat saya kecewa for rejections over again. That's more satisfying".

"Hah. And then you said you give up on this muchy lovey dovey thingy sebab kena betrayed banyak kali blablabla...".

Babi. Ni nak kenakan aku balik ni. Kau pulang paku buah keras ya? Kau sabar jap. Aku nak cari paku titanium.

"Yeap".
"Even myself is complicated enough. Then how can I fall for something too easy?".

"Kalau saya cakap, saya lebih suka lelaki yang buat saya struggle for months dan kecewa for rejections over again. What would you say?".

Eh...aku belum sempat membalas, dia dah bagi lagi soalan padu.

"Three words: up to you".
"Nak makan".

"Sure you do".
"By the way, saya cancel nak join catering. Tau awak mesti tak selesa".

"Saya ok je".

"Tapi malam tadi Cik Ayu dengan Najmi cari orang sana sini tak dapat".
"Tu yang saya join jugak".

"Saya ok je kalau awak follow pun. Lagi senang dorang nak stop membahan bila tengok tak jadi apa-apa".

"Amr, yang 20 lebih ex awak dulu semua tu. Awak struggle for months untuk dapatkan dorang ke?".

"The hardest struggle dengan 2 orang x 2 tahun punya efforts. Total 4 years wasted. End up dengan rejection yang sangat kejam".

"So, your rejection just now, kategori rejection yang macam mana?".
"Mild?".

"Still paling baik".
"Soft".

"So, yang 2 orang, total 4 years wasted tu dah kahwin dan ada anak?".
"So, hari tu masa mak awak sakit, baru kena reject jugak?".
"Berapa tahun punya efforts yang tu?".

Eh...perempuan ni. Sekali tembak 3 soalan. Bagi 1, 1 tak boleh ke? Kelam-kabut aku nak menjawab.

"Sorang kahwin dengan kawan saya. Anak sorangg kot. Lagi sorang tak tau apa cerita".

"I don't know. Miss Q? Maybe?".

"Oh...itu kena friendzone. Dia nak kawan je. Belum fikir pasal kahwin. Suka kat dia since tahun lepas but only this year contact dia".

"So, sekarang awak tengah makan hati kejar dia?".

"Tak pun".
"Saya dah malas nak kejar. Too old for all this games".

"Pusing la, Amr. Awak cakap berbelit. Rebel tak cakap berbelit".
"Too old for all this game. Then you wait for what?".

Aku cuma takde perasaan kat kau. Faham tak ni?

"Don't do that".

"Trying too understand here. Whether I really got 0.0 chance atau it's just you nak challenge the world".
"Cross the line too much, I guess".

"Don't cross the line".
"You should know your limits".

"What is your limit? People not allow to push hard on you".

"Nope".

"Atau persoalkan pendirian awak?".

"People not allowed to sekolahkan saya tanpa minta izin saya dulu".
"And you were trying to do that".
"And now you will not be given the permission".

"That was a question, Amr".

"You're heading that way".
"I can see that".

"Sheeshhh...too many questions but can't put it into words".

"Keep it to yourself".
"Go write a novel or poems or anything with those words".

"Nahhh...not a writer. Nor a poet. Takde orang baca pun nanti".

"You wouldn't know".

"Dah pernah buat. Kat blog. No readers. Not even blogwalker".

"Write, but don't expect anyone to read. Write, because you love to write, not to impress others. Niat awak dah salah".

"Tak tau pun niat asal menulis dulu".
"Fun. Atau trend. Entah".
"Amr. Kalau I just keep contacting you. Macam mana?
"Or you prefer to end it here".

"Boleh je. But please, jangan everyday atau awak akan ingat saya dah ignore awak".
"Kalau saya ada girlfriend, I'll let you know and I won't text you anymore".

"Fair enough. It's just I don't know how to let go things. So, it will take time".
"Not even sure kalau saya boleh let go".

"You'll figure that out soon".
"I'm exhausted. Long day today. Lepas Isyak tadi pergi bincang dengan customer kat Bukit Kangkar. Penat, mengantuk, sakit kaki. Gotta sleep. Good night".

"You missed out sakit hati".
"Good night".

"Tak sakit hati pun".

"Jangan ulang-alik jalan dalam hujan. Tapi kalau nak terjalan jugak, nasiblah. My feelings. Not yours. Saya boleh rasa apa yang saya nak".

"Go sleep lah, Yana. Or else I have a very long entry to write for my blog tomorrow".
"Nite".

"Fine".

Diyana [episod 3]

Khamis, 16 Julai 2015, 10.14 pm

"Ada pergi main bunga api mercun tak, Amr?".

"Tak".
"Nak munjung kat Lorong Lajat dengan Serom".

"Aaa...Serom pelita dengan lampu-lampu dia cantik".
"Hari tu lalu kat highway nampak warna-warni je".

"Driving".

-------

Jumaat, 17 Julai 2015, 11.40 am

"Amr, selamat makan ketupat rendang sepuluh pinggan"

"Selamat gemuk".

-------

I am playing hard to get :)

Munjung: dalam bahasa Jawa, budaya menghantar juadah kepada jiran dan saudara-mara.

Khamis, 16 Julai 2015

Diyana [episod 2]

Rabu, 15 Julai 2015.

Cikgu dan Kak Ayu buat majlis berbuka puasa di rumah. Budak-budak catering dijemput hadir. Jiran-jiran berdekatan dan jemaah surau juga ada.


Hari ni Diyana balik sebaik selepas kerja. 


Aku risau juga. Mampos kena bahan dengan bos laki bini ni kang. Dah beberapa hari seronok membahan aku di Whatsapp Group.


Diyana tiba dari Johor Bahru lebih kurang jam 8.00 malam, sebaik semua jemputan pulang. Hanya tinggal beberapa orang saudara-mara dan kami, budak-budak catering.


Usai majlis, aku duduk sendirian di gazebo. Tangan gatal nak mesej Diyana. Bukan sebab rindu tapi bosan. Budak-budak lain tengah sibuk mengemas. Aku malas nak tolong.


"Awak kat rumah ke?".


"Ha'ah. Tengah berkira-kira nak keluar sana tapi kang kena bahan".


"Tak payah".


"Ok. Nanti jangan ungkit saya yang sombong. Haha".


"Awak tak keluar pun saya dah kena bahan. Lagi pulak kalau awak keluar".

"Ada cakap gitu pulak".
"Suka hatilah kalau nak keluar. Tahan telinga".

"Haha. Macam tak jadi la. Keluar pun bukan dapat borak kang. Tahan sengih je memanjang".


"Tau takpe".

"Kak Ayu kata, susah betul dua-dua pemalu".
"Nasiblah. Saya memang pemalu dan pendiam. Melainkan orang boleh buat saya selesa dengan dorang".
"Saya introvert. Senang hidup dalam dunia sendiri dan susah nak invite orang masuk dunia saya".
"Kalau saya bagi awak masuk dalam hidup saya maknanya saya percayakan awak".
"Tapi tu susah nak berlaku".
"Saya share part of my life kat social media. Selainnya orang tak tau".

Kakakakakakaka...apa celaka introvert. Selama ni aku sendiri tak peduli aku introvert atau extrovert.


"Tapi awal-awal saya dah buat awak kekok".


"Saya dah banyak kali dikhianati. Perempuan tabur janji nak sehidup semati dan saya percaya. End up saya ditinggalkan. Jadi secara jujurnya, kahwin bukan priority sebab saya masih trauma. Awak boleh cuba tapi lebih elok kalau awak tak buang masa. Fokus saya sekarang nak bagi parent saya hidup senang".

"Ada yang kata sanggup tunggu tapi sudahnya kahwin dengan orang lain. Saya tak salahkan dia sebab dia ikut kehendak parent dia".

"Yang part trauma tu saya dah dengar".


"Ada yang kata sanggup tinggal rumah setinggan dengan saya tapi sudahnya tinggalkan saya sebab saya miskin".

"Ada yang tinggalkan saya sebab saya tak cukup alim untuk bawak dia ke Syurga".
"Saya dah dengar macam-macam alasan yang perempuan gunakan untuk tinggalkan saya".
"Saya memang tak mengharap sangat bab relationship. Saya tau jodoh saya ada tapi saya tak tau kat dunia atau pun kat Syurga".

"Yang part kena betrayed tu pun dah tau. Kot".


"Kalau awak nak cuba, silakan tapi terus-terang saya cakap, saya takkan bagi apa-apa efforts langsung sebab saya dah penat dengan efforts sebelah pihak".

"Sebab tu saya tak mencari. saya trauma dan saya penat nak restart all over, bagi efforts tapi sudahnya jahanam".
"Kalau saya tulis novel, 10 jilid baru habis".

"Amr, awak banyak cakap malam ni".

"Selalu saya tanya 10 patah...".
"Awak jawab sepatah je".

"Sebab saya rasa saya perlu berterus-terang dengan awak".

"Saya tak nak dah terlajak jauh baru saya fikir balik".
"Elok saya cakap sekarang dan awak fikir. Istikharah, doa kalau perlu".
"Saya takkan doa pasal jodoh sebab jodoh bukan keutamaan saya sekarang ni. Saya lebih banyak berdoa untuk orang lain daripada untuk diri sendiri".
"Saya perlu tetapkan sempadan awal-awal sebab saya tak nak awak menyesal. Saya tak baik mana walaupun ilmu agama saya tinggi jugak. Saya takde harta dunia untuk bagi pada awak".
"Dan kebiasaannya, perempuan memang tak pandang saya sebab saya takde harta".
"Perempuan kata saya hensem tapi hensem tak boleh bagi anak orang makan. Belum kira nak shopping apa jadah lagi".
"Yes, saya flirt sana sini online but nothing serious. Sekadar isi masa lapang. Itu je la tahap komitmen saya sekarang dalam bab relationship ni. Equal to nothing".

"Saya baca sambil makan cokelat".


"Nak".

"Saya suka cokelat".

"Tak baik flirt sana sini. Kesian kat perempuan-perempuan tu".

"Kesian kat saya jugak".

"Dorang pun tau saya flirt je. Nothing serious pun".


"Aaaaa. Ok la. So yang ini pun kira flirting jugak ke acane?".


"Awak fikir baliklah. Berbaloi ke nak tunggu saya terbukak hati nak kahwin?".


"Nanti saya fikir".


"Saya dah bertahun takde hati. Bila tergerak nak mencari, on the spot saya kecewa".

"Perempuan senyap tiba-tiba tu dah biasa".
"Yang dalam diam kahwin tu pun dah pernah".

"Saya dah lapan tahun hati kena pijak".
"Bila dah suka kena indirectly reject pulak".
"Ahahahaha".

"Saya anggap ni karma atas dosa saya pada perempuan dulu".

"Tak tau la sampai bila macam ni. Saya harap doa mak saya je".
"Kalau awak nak tunggu, tunggulah. Kalau tak pun, saya faham".
"Tapi berbaloi ke nak tunggu?".
"Awak fikirlah betul-betul".
"Cikgu cuba jugak pujuk saya tapi seriously, saya belum terbukak hati nak serious. Terlalu berisiko bagi saya".
"Orang tak tau sejarah saya jadi orang kata saya memilih tapi sebenarnya tak pernah sekalipun saya memilih. Saya cuma tak dipilih".
"Saya pernah couple dengan seorang perempuan berjubah, bertudung labuh dan berpurdah. Saya langsung tak tau muka dia macam mana".
"Kalau nak kata saya memilihlah".

"Berapa kali sebenarnya yang awak kena...errr...tinggal?".


"Entah".

"Saya dah tak mampu nak kira".
"Yang saya mampu kira ada 20. Itu pun susunannya terbalik. Kalau kira dari saya Form 1 lah".

Aku memandu pulang.


Sebentar kemudian, Diyana muat naik tiga keping gambar cara anyam sarung ketupat daun kelapa. Mungkin sebab siang tadi aku bagitau dia aku bergelut memerah otak memikirkan cara nak anyam sarung ketupat ni. Walaupun selepas sejam dan selepas menonton tutorial di YouTube, aku masih gagal nak hasilkan sebiji sarung ketupat yang sempurna.


"Orang pun selalu je salah anggap kat saya. Cakap saya pendiam, sopan santun blablabla. Heh. Cerita bullshit je semua tu".


Eh...mencarut jugak minah ni eh?


"Ada orang puji saya cantik gak. Itu lagi satu bullshit. Saya tengok cermin selalu rasa nak hempuk je muka sendiri. Selekeh mintak penampor. Ahahaha".

"The thing is, it's not how people will see us. It's how we see ourselves. Nak tergolek terhumban makan hati sorang-sorang. Go on. It's your choice. And for me, it is my choice to like you. Period".

"What's with the ketupat? Paling kurang ada 20 step ok".


"Boleh je awak nak cakap semua benda, nak letak garisan sempadan yang kukuh lagi jitu. As long as awak tak anggap saya macam orang gila terkejar-kejarkan awak yang awak pandang saya pun lagi jelas figura tiang dari saya".


Aneh betul bila dia bandingkan diri dia dengan tiang. Kalau dia bandingkan diri dia dengan pokok durian depan rumah dia aku boleh terima jugak.

"Nah. I'm an engineer".
"I simplify things. Remember?".
"Spot on".

"Ok then. Saya tak dapat nak menghalang emosi awak daripada berfungsi secara normal, that is tertarik kepada lelaki".

"Saya tertarik kat lelaki yang jalan ulang-alik dalam hujan".

"Your simplicity macam menipu. Lebih kepada illusi optik untuk buat proses menganyam ketupat tu nampak senang padahal tipu".

"Rasa bengong la pulak cakap skema alam macam tu. Ahahaha".

"Conversation kita kalau disusun boleh jadi novel tau. But nahhh...not gonna give you any cent".

"I take that as a compliment. Thank you".

Jadi secara kesimpulannya, berdasarkan data-data saintifik dan logik yang dikumpul sepanjang perbualan pada malam ini, dapatlah aku merumuskan bahawa misi menolak cinta Diyana ni adalah GAGAL. 

Kental betullah dia ni. 

Aku kena fikir cara lain.

Diyana [episod 1]

Setelah seharian berfikir, akhirnya aku memberanikan diri untuk menghantar mesej melalui Whatsapp kepada Diyana.

"Assalaamua'laikum".

"Waa'laikumussalaam".

"Yana?".

"Ya. Amr kan?".

"Ya, saya".
"Rasanya saya tak pernah nampak awak".

"Bukan awak tak pernah nampak saya. Cuma awak tak pernah perasan saya. Kot".

"Entahlah".

Kak Ayu, bini Cikgu Bos kata dia anak Wak Adi dan Wak Yah, abang ipar dan kakak Cikgu. Tapi serius aku tak pernah perasan pula dia ni. Walhal rumahnya di sebelah rumah Cikgu saja. Dia tak duduk sini ke?

"Seronok tak stalk Facebook saya? Jumpa apa lagi?".

"Seronok jugak. Ada live update skandal Najib and 1MDB etc etc".

Perli aku ke apa ni?

-------

Isnin, 13 Julai 2015, 10.17 pm

"Assalaamua'laikum, Amr. Buat apa?".

"Salam. Baca buku".

"Ok. Nak tanya kejap je. Then sambung la baca".
"Cik Ayu ke Cikgu ada cakap apa kat awak?".

"Cakap apa?".

"Tahu saya tengok Facebook awak dari mana?".

"Entah".
"Facebook saya tak private".

Aku jawab sepatah dua kata sebab aku rasa dia gagal buat aku tertarik nak sembang dengan dia.

"Entah. Tak tau pulak Facebook awak tak private".

"Dari mana?".

"Pernah perasan rumah sebelah Cikgu? Saya duduk situ".

"Tau. Cikgu bagitau awak anak buah dia. Anak Wak Adi".

"Errr...dari mana awak tadi nak maksudkan apa?".

"Dari mana jumpa Facebook saya?".
"Awak yang tanya".

"Taip je kat search. Jumpa la Amrul Azmi".

"Mana tau nama saya?".
"Kenapa search nama saya?".

"Amrul Azmi sebab that's the closest name saya dapat cari kat Ayu Catering punya page".

"Kenapa search?".

"Sebab awak selalu parking kereta depan rumah saya".
"Jawapan tak memuaskan hati ke?".

"Faiz pun park situ kalau saya lambat".
"Kenapa saya?".

"Ye ke? Tapi tiap kali saya balik memang kereta awak je kat situ".

"Masih tak menjawab soalan. Kenapa search saya kat Facebook?".

"Tak ingat kenapa"
"Curiosity. Kot".

"Why?".

"Because I saw you jalan ulang-alik dalam hujan".

"Hujan?".

"Awak mana nampak saya".

"Rasanya saya jalan dalam hujan tu hujung tahun lepas".
"Awak nampak saya bila?".

"Dari awal tahun ni".
"Bulan 1 ke bulan 2 bulan 3 ke tak ingat lah".

"Lama jugak awak stalk saya".

"Saya tak stalk awak ok".
"Ternampak. Dah depan mata, pandang je lah".

"Berapa lama awak stalk Facebook saya sebelum awak add?".

"Saya jenguk Facebook awak right before saya add".
"Tak payah guna perkataan stalk boleh tak?".
"Nampak macam saya pathetic gila".

"Cikgu cakap awak ada cerita something kat mak awak. Apa dia?".

"Itu cerita mak dengan anak. Mana boleh bagitau".
"Entah-entah cikgu dah forward pun ke awak. Bukan boleh percaya memasing tu".

"Mak awak dah bagitau cikgu".
"Cikgu bagitau saya".
"Tapi cikgu tak bagitau apa bendanya".
"Dah tentu saya nak tau apa orang cerita pasal saya".

"Saya summarizekan apa yang saya nampak je"
"Pasal benda-benda baik".

"Apa dia?".
"In details".

"So, kalau saya elaborate in details, saya dapat duit raya ke?".
"Tak kan?".

"Takde kaitan".

"Saya cakap awak ada kucing yang suka dating. Dengan awak wartawan buletin Awani".

"Lagi?".
"Saya tau ada lagi".
"Tak mungkin itu je".

"Lepas tu suka balut buku".
"Masak sedap".

"Tak mungkin mak anak bergosip sikit sangat".

"Panjang jugak. Tapi kan dah cakap summary tadi".
"Saya summarizekan laaa...".

Minah ni masih gagal menarik perhatian aku. Aku lebih suka perempuan yang annoying dan ego. Lebih mencabar. Dia ni terlalu peramah. Bosan.

"Ok".
"Jadi saya andaikan yang mak awak pun bercerita kat ayah awak".

"Entah".
"Jadi saya dapat apa in return?".

"Saya takde janji apa-apa".

"Ok".
"Tak kisah pun. Sebab yang saya cakap kat atas tadi tu tak sampai 100% pun".
"Introduction takde. Main points hilang mana. Yang itu semua conclusion".

"Takpe. Cikgu dah cerita pun sebenarnya".
"Even tak semua".

"So boleh tak saya nak kenal awak secara serious ni?".
"Penat la bahasa-basi ni".

"Secara serious tu macam mana? Saya tak rasa sekarang ni saya main-main".

"Ok. Saya tak pernah direct approach orang".
"Kalau saya suka orang bagai nak mati pun saya senyap selamba je".
"Jadi kiranya saya dah habis serious nak join awak jalan straight to Heaven. May I?"

Babi. Jujur sangat pulak dia ni. Bikin aku gabra tak tentu hala pulak. Terus aku mesej Cikgu.

"Cikgu, anak buah Cikgu ni jujur sangatlah cakap nak ke Syurga dengan saya. Saya pulak rasa kekok".

-------

"Meaning?'
"Ok, jujur betul".
"Awkward".
*bunyi cengkerik*

"Kan? Random gila".
"Rasa nak pergi terjun bangunan".

"Dah istikharah ke?"
"Berani mati ni".
"Sebelum ni ada jugak yang buat macam ni. Saya kata kita kawan dulu. Kenapa nak rushing? Sebab saya rasa sangat awkward bila dia sangat excited nak berkawan dengan saya secara serious".
"Macam awak buat ni".

"Tengah".
"Tapi tak cukup 40 hari lagi".
"Kang buat 3 hari je lain pulak cerita".

"Tak faham".

"Cukup".

"Oh...istikharah".
"Ok".
"Istikharah sekali pun cukup".
"Tapi kalau benda serious macam ni, elok buat 40 hari".
"Saya belum rajin nak istikharah".
"Apa lagi nak buat 40 hari".
"Tido lagi syok".

"Saya kat rumah sewa takde tv".
"Housemate rajin buat qiyam".

"Baguslah tu".
"Saya dah lama tak qiyam".
"Qiyam ke tandas ada la".
"Apa yang awak nampak pada saya yang takde harta dunia ni?".

"Saya nampak awak lah".

"Maknanya awak tak nampak apa-apa".

"Banyak. My brain just cant stop talking".

"Say it".
"Saya nak pastikan awak tak salah nilai saya".

"You can be a good daddy".

"Why?".

"Banyak sangat why dari tadi ni".
"Nak buat 5 why's untuk problem solving ke apa?".

"Silakan".

"Sebab awak treat kucing macam they are your own family".
"Nabi suka kucing".
"Sebab awak pentingkan family".

"Mana awak tau saya pentingkan family?".

"You always talk about your mom and dad dekat Facebook".
"Takkan saja nak reka cerita nak show off dekat semua kot".

"Jauh jugak awak korek Facebook saya".

Seingat aku, cerita tentang Mak Ayah paling banyak aku post di Facebook adalah sewaktu Mak ditahan wad selama dua minggu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada awal Mei tahun ni. 

Hampir setiap hari aku post update tentang keadaan Mak. Aku tak tau kenapa pada waktu itu, menaip sesuatu tentang keadaan semasa buat aku rasa tenang. 

Selepas itu, takde. Maknanya memang jauhlah dia korek Facebook aku. Kinda psiko jugak minah ni. Stalker tapi tak nak mengaku. Hampeh.

Diyana [intro]

Selasa, 7 Julai 2015, 10.11 pm

Ada mesej dari Cikgu Rosman, bos aku diterima melalui Whatsapp.

"Ammm...kau kenal ke dengan anak buah cikgu?".

"Sape?", tanya aku. Blur. Siapa pulak anak buah orang tua ni yang aku kenal? Aku bukan ada kawan sangat di Tangkak ni. Dan semua aku masih ingat nama dan latar belakang masing-masing. Tiada yang berkait dengan Cikgu.

"Diyana", jawab Cikgu ringkas.

Otak aku menerawang cuba untuk kenal pasti siapalah kawan aku di Tangkak yang bernama Diyana.

Sah, tiada.

Namun, tiba-tiba aku teringat kepada seseorang yang add aku di Facebook minggu sudah.

Aku login Facebook. Aku taip Diyana di kotak carian.

Diyana Mahadi.

Ini kot.

"Tak. Dia yang add saya kat Facebook. Saya approve je la".

"Dia budak baik tu, Amr".

"Haha ok".

"Dia ada cerita dengan mak dia".

"Cerita apa?".

"Berkelulusan bio-tek dan peramah".

Cikgu pantas memuat naik gambar Diyana.

Apehallah orang tua ni bagi gambar pulak dah.

"Ok", aku balas pendek. Tiada idea nak cakap apa tentang gambar Diyana tu.

"Lain-lain kau uruskan sendiri ya, Amr".

"Kau nak nombor handphone dia ke, Amr?".

"Excited terlebih pulak orang tua ni", getusku di dalam hati.

-------

Jumaat, 11 Julai 2015, 11.47 pm

"Yana balik minggu ni. Nak jumpa tak? Boleh kenal-kenal. Cikgu boleh aturkan".

Aku diam tak menjawab apa-apa. Aku abaikan saja tawaran Cikgu itu.

-------

Sabtu, 12 Julai 2015, 12.17 am

"Okla...okla. Cikgu bagilah nombor phone dia".

Aku mengalah sebab rasa bersalah atas kesungguhan Cikgu nak bantu aku cari pasangan hidup. Lagipun, anak saudara Bos tu.

"017*******".

"Yang Cikgu cakap dia cerita kat mak dia tu, cerita apa?".

"Cerita, teruja sangat kau ambil berat pada mak".

"Dia selongkar habis Facebook saya ke apa?".

"Masa kau jaga mak kat hospital. Jarang ada budak-budak muda macam tu lagi".

"Ok, memang dia selongkar Facebook saya".

"Kau dah pm dia ke?".

"Belum. Nantilah".

"Hidup dia kerja. Cuti balik kampung".

"Kenapa, Amr? Belum terbuka hati ke?"

"Entah. Masih trauma dari yang dulu".

"Umurnya dah 25 tahun. Ramai kawan-kawan dia yang dah kahwin. Kita tak tau siapa jodoh kita. Tak cuba tak tahu".

"Tengoklah macam mana kang, cikgu".



 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri