Khamis, 16 Julai 2015

Diyana [intro]

Selasa, 7 Julai 2015, 10.11 pm

Ada mesej dari Cikgu Rosman, bos aku diterima melalui Whatsapp.

"Ammm...kau kenal ke dengan anak buah cikgu?".

"Sape?", tanya aku. Blur. Siapa pulak anak buah orang tua ni yang aku kenal? Aku bukan ada kawan sangat di Tangkak ni. Dan semua aku masih ingat nama dan latar belakang masing-masing. Tiada yang berkait dengan Cikgu.

"Diyana", jawab Cikgu ringkas.

Otak aku menerawang cuba untuk kenal pasti siapalah kawan aku di Tangkak yang bernama Diyana.

Sah, tiada.

Namun, tiba-tiba aku teringat kepada seseorang yang add aku di Facebook minggu sudah.

Aku login Facebook. Aku taip Diyana di kotak carian.

Diyana Mahadi.

Ini kot.

"Tak. Dia yang add saya kat Facebook. Saya approve je la".

"Dia budak baik tu, Amr".

"Haha ok".

"Dia ada cerita dengan mak dia".

"Cerita apa?".

"Berkelulusan bio-tek dan peramah".

Cikgu pantas memuat naik gambar Diyana.

Apehallah orang tua ni bagi gambar pulak dah.

"Ok", aku balas pendek. Tiada idea nak cakap apa tentang gambar Diyana tu.

"Lain-lain kau uruskan sendiri ya, Amr".

"Kau nak nombor handphone dia ke, Amr?".

"Excited terlebih pulak orang tua ni", getusku di dalam hati.

-------

Jumaat, 11 Julai 2015, 11.47 pm

"Yana balik minggu ni. Nak jumpa tak? Boleh kenal-kenal. Cikgu boleh aturkan".

Aku diam tak menjawab apa-apa. Aku abaikan saja tawaran Cikgu itu.

-------

Sabtu, 12 Julai 2015, 12.17 am

"Okla...okla. Cikgu bagilah nombor phone dia".

Aku mengalah sebab rasa bersalah atas kesungguhan Cikgu nak bantu aku cari pasangan hidup. Lagipun, anak saudara Bos tu.

"017*******".

"Yang Cikgu cakap dia cerita kat mak dia tu, cerita apa?".

"Cerita, teruja sangat kau ambil berat pada mak".

"Dia selongkar habis Facebook saya ke apa?".

"Masa kau jaga mak kat hospital. Jarang ada budak-budak muda macam tu lagi".

"Ok, memang dia selongkar Facebook saya".

"Kau dah pm dia ke?".

"Belum. Nantilah".

"Hidup dia kerja. Cuti balik kampung".

"Kenapa, Amr? Belum terbuka hati ke?"

"Entah. Masih trauma dari yang dulu".

"Umurnya dah 25 tahun. Ramai kawan-kawan dia yang dah kahwin. Kita tak tau siapa jodoh kita. Tak cuba tak tahu".

"Tengoklah macam mana kang, cikgu".



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri