Khamis, 16 Julai 2015

Diyana [episod 2]

Rabu, 15 Julai 2015.

Cikgu dan Kak Ayu buat majlis berbuka puasa di rumah. Budak-budak catering dijemput hadir. Jiran-jiran berdekatan dan jemaah surau juga ada.


Hari ni Diyana balik sebaik selepas kerja. 


Aku risau juga. Mampos kena bahan dengan bos laki bini ni kang. Dah beberapa hari seronok membahan aku di Whatsapp Group.


Diyana tiba dari Johor Bahru lebih kurang jam 8.00 malam, sebaik semua jemputan pulang. Hanya tinggal beberapa orang saudara-mara dan kami, budak-budak catering.


Usai majlis, aku duduk sendirian di gazebo. Tangan gatal nak mesej Diyana. Bukan sebab rindu tapi bosan. Budak-budak lain tengah sibuk mengemas. Aku malas nak tolong.


"Awak kat rumah ke?".


"Ha'ah. Tengah berkira-kira nak keluar sana tapi kang kena bahan".


"Tak payah".


"Ok. Nanti jangan ungkit saya yang sombong. Haha".


"Awak tak keluar pun saya dah kena bahan. Lagi pulak kalau awak keluar".

"Ada cakap gitu pulak".
"Suka hatilah kalau nak keluar. Tahan telinga".

"Haha. Macam tak jadi la. Keluar pun bukan dapat borak kang. Tahan sengih je memanjang".


"Tau takpe".

"Kak Ayu kata, susah betul dua-dua pemalu".
"Nasiblah. Saya memang pemalu dan pendiam. Melainkan orang boleh buat saya selesa dengan dorang".
"Saya introvert. Senang hidup dalam dunia sendiri dan susah nak invite orang masuk dunia saya".
"Kalau saya bagi awak masuk dalam hidup saya maknanya saya percayakan awak".
"Tapi tu susah nak berlaku".
"Saya share part of my life kat social media. Selainnya orang tak tau".

Kakakakakakaka...apa celaka introvert. Selama ni aku sendiri tak peduli aku introvert atau extrovert.


"Tapi awal-awal saya dah buat awak kekok".


"Saya dah banyak kali dikhianati. Perempuan tabur janji nak sehidup semati dan saya percaya. End up saya ditinggalkan. Jadi secara jujurnya, kahwin bukan priority sebab saya masih trauma. Awak boleh cuba tapi lebih elok kalau awak tak buang masa. Fokus saya sekarang nak bagi parent saya hidup senang".

"Ada yang kata sanggup tunggu tapi sudahnya kahwin dengan orang lain. Saya tak salahkan dia sebab dia ikut kehendak parent dia".

"Yang part trauma tu saya dah dengar".


"Ada yang kata sanggup tinggal rumah setinggan dengan saya tapi sudahnya tinggalkan saya sebab saya miskin".

"Ada yang tinggalkan saya sebab saya tak cukup alim untuk bawak dia ke Syurga".
"Saya dah dengar macam-macam alasan yang perempuan gunakan untuk tinggalkan saya".
"Saya memang tak mengharap sangat bab relationship. Saya tau jodoh saya ada tapi saya tak tau kat dunia atau pun kat Syurga".

"Yang part kena betrayed tu pun dah tau. Kot".


"Kalau awak nak cuba, silakan tapi terus-terang saya cakap, saya takkan bagi apa-apa efforts langsung sebab saya dah penat dengan efforts sebelah pihak".

"Sebab tu saya tak mencari. saya trauma dan saya penat nak restart all over, bagi efforts tapi sudahnya jahanam".
"Kalau saya tulis novel, 10 jilid baru habis".

"Amr, awak banyak cakap malam ni".

"Selalu saya tanya 10 patah...".
"Awak jawab sepatah je".

"Sebab saya rasa saya perlu berterus-terang dengan awak".

"Saya tak nak dah terlajak jauh baru saya fikir balik".
"Elok saya cakap sekarang dan awak fikir. Istikharah, doa kalau perlu".
"Saya takkan doa pasal jodoh sebab jodoh bukan keutamaan saya sekarang ni. Saya lebih banyak berdoa untuk orang lain daripada untuk diri sendiri".
"Saya perlu tetapkan sempadan awal-awal sebab saya tak nak awak menyesal. Saya tak baik mana walaupun ilmu agama saya tinggi jugak. Saya takde harta dunia untuk bagi pada awak".
"Dan kebiasaannya, perempuan memang tak pandang saya sebab saya takde harta".
"Perempuan kata saya hensem tapi hensem tak boleh bagi anak orang makan. Belum kira nak shopping apa jadah lagi".
"Yes, saya flirt sana sini online but nothing serious. Sekadar isi masa lapang. Itu je la tahap komitmen saya sekarang dalam bab relationship ni. Equal to nothing".

"Saya baca sambil makan cokelat".


"Nak".

"Saya suka cokelat".

"Tak baik flirt sana sini. Kesian kat perempuan-perempuan tu".

"Kesian kat saya jugak".

"Dorang pun tau saya flirt je. Nothing serious pun".


"Aaaaa. Ok la. So yang ini pun kira flirting jugak ke acane?".


"Awak fikir baliklah. Berbaloi ke nak tunggu saya terbukak hati nak kahwin?".


"Nanti saya fikir".


"Saya dah bertahun takde hati. Bila tergerak nak mencari, on the spot saya kecewa".

"Perempuan senyap tiba-tiba tu dah biasa".
"Yang dalam diam kahwin tu pun dah pernah".

"Saya dah lapan tahun hati kena pijak".
"Bila dah suka kena indirectly reject pulak".
"Ahahahaha".

"Saya anggap ni karma atas dosa saya pada perempuan dulu".

"Tak tau la sampai bila macam ni. Saya harap doa mak saya je".
"Kalau awak nak tunggu, tunggulah. Kalau tak pun, saya faham".
"Tapi berbaloi ke nak tunggu?".
"Awak fikirlah betul-betul".
"Cikgu cuba jugak pujuk saya tapi seriously, saya belum terbukak hati nak serious. Terlalu berisiko bagi saya".
"Orang tak tau sejarah saya jadi orang kata saya memilih tapi sebenarnya tak pernah sekalipun saya memilih. Saya cuma tak dipilih".
"Saya pernah couple dengan seorang perempuan berjubah, bertudung labuh dan berpurdah. Saya langsung tak tau muka dia macam mana".
"Kalau nak kata saya memilihlah".

"Berapa kali sebenarnya yang awak kena...errr...tinggal?".


"Entah".

"Saya dah tak mampu nak kira".
"Yang saya mampu kira ada 20. Itu pun susunannya terbalik. Kalau kira dari saya Form 1 lah".

Aku memandu pulang.


Sebentar kemudian, Diyana muat naik tiga keping gambar cara anyam sarung ketupat daun kelapa. Mungkin sebab siang tadi aku bagitau dia aku bergelut memerah otak memikirkan cara nak anyam sarung ketupat ni. Walaupun selepas sejam dan selepas menonton tutorial di YouTube, aku masih gagal nak hasilkan sebiji sarung ketupat yang sempurna.


"Orang pun selalu je salah anggap kat saya. Cakap saya pendiam, sopan santun blablabla. Heh. Cerita bullshit je semua tu".


Eh...mencarut jugak minah ni eh?


"Ada orang puji saya cantik gak. Itu lagi satu bullshit. Saya tengok cermin selalu rasa nak hempuk je muka sendiri. Selekeh mintak penampor. Ahahaha".

"The thing is, it's not how people will see us. It's how we see ourselves. Nak tergolek terhumban makan hati sorang-sorang. Go on. It's your choice. And for me, it is my choice to like you. Period".

"What's with the ketupat? Paling kurang ada 20 step ok".


"Boleh je awak nak cakap semua benda, nak letak garisan sempadan yang kukuh lagi jitu. As long as awak tak anggap saya macam orang gila terkejar-kejarkan awak yang awak pandang saya pun lagi jelas figura tiang dari saya".


Aneh betul bila dia bandingkan diri dia dengan tiang. Kalau dia bandingkan diri dia dengan pokok durian depan rumah dia aku boleh terima jugak.

"Nah. I'm an engineer".
"I simplify things. Remember?".
"Spot on".

"Ok then. Saya tak dapat nak menghalang emosi awak daripada berfungsi secara normal, that is tertarik kepada lelaki".

"Saya tertarik kat lelaki yang jalan ulang-alik dalam hujan".

"Your simplicity macam menipu. Lebih kepada illusi optik untuk buat proses menganyam ketupat tu nampak senang padahal tipu".

"Rasa bengong la pulak cakap skema alam macam tu. Ahahaha".

"Conversation kita kalau disusun boleh jadi novel tau. But nahhh...not gonna give you any cent".

"I take that as a compliment. Thank you".

Jadi secara kesimpulannya, berdasarkan data-data saintifik dan logik yang dikumpul sepanjang perbualan pada malam ini, dapatlah aku merumuskan bahawa misi menolak cinta Diyana ni adalah GAGAL. 

Kental betullah dia ni. 

Aku kena fikir cara lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri