Selasa, 11 Ogos 2015

Diyana [episod 5]

Jumaat, 7 Ogos 2015, 10.00 pm

Aku ke rumah Cikgu Man untuk membantu Najmi melakukan persiapan terakhir sebelum hari majlis esok. Ada empat majlis. 

Sedang aku berdiri menulis label lokasi majlis pada kepingan kotak yang telah aku potong di atas bonet kereta Preve Daus, aku melihat sebuah kereta Kancil yang aku kenali tiba di garaj rumah Wak Adi.

Dia balik. 

Aku tergerak hati untuk mesej dia. Aku segera mencapai handphone.

"Rajinnya balik".

"Nak tengok Tsuraya".

"Suraya ke Tsuraya?".

"Tsuraya. Dah revise ejaan".

"Amboi canggih".

"Panggil pulak Yaya. Canggih sangatlah tu".

"Tapi nama dia daftar takde suraya pun".

"Heh! Saya yang undi untuk nama tu".
"Amira Nur Tsuraya".

"Tapi kalah undi kan?".

"Menang ok".

"Ye ke?".

"Sorry sikit. Kalah takde dalam kamus ok".

"Riaknya".

Dia ni memang ceria sentiasa ke? Padahal dah lama juga aku tak Whatsapp dia. Macam takde riak kecewa atau hampa sebab aku tak balas cinta dia.

Atau dia memang bijak menyembunyikan segala rasa yang berkumpul di dalam jiwa?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
© Copyright 2035 Amrul & Co.
Theme by Yusuf Fikri